Announcement

Assalamualaikum,blog ni baru lagi,sila support blog ini dengan meng"bookmark"kan website ini dan memberi komen pada mana-mana artikel.Jutaan terima kasih kepada semua readers/viewers/bloggers/raingers/scenesters kerana memberi sokongan kepada kami untuk terus berjuang dalam arena muzik rock especially indie bands.
Kami menghargai usaha anda untuk terus menyokong kami dengan memberi apa jua bentuk cadangan,idea dll. supaya website kami boleh develop dengan lebih baik.Mudah saja,klik saja di link yang termaktub di bawah ini untuk pergi ke peti cadangan. :)
http://revolusirockmalaya.blogspot.com/search/label/Peti%20Cadangan

Cheers!,
Mr Revolusi

Kotak Jeritan


Free chat widget @ ShoutMix
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat, April 18, 2008

The Peanuts


The Peanuts



SESUDAH sambutan hebat melanda industri hiburan tempatan gara-gara kehadiran beberapa kumpulan muzik indie seperti Meet Uncle Hussein, Kiri dan Hujan, kini muncul pula kumpulan The Peanuts yang mencuba nasib dengan genre serupa bagi meneruskan gelombang muzik underground tanah air.
The Peanuts yang dibarisi oleh Mohd Iqram Mat Ramli selaku vokalis, Sam Cheng Foo (gitar irama), Mohd Azmi Shahruddin (gitar bass), Muhamad Hairil Anuar Sairi (gitar utama) dan Zainudin Haron (pemain dram) ternyata menyerlah dengan konsep tersendiri apabila memperjuangkan muzik power pop untuk dinikmati pendengar di negara ini.

Buat masa ini, pendatang baru bagi aliran muzik indie ini sudah menghasilkan dua single yang mencetuskan kelainan di halwa telinga menerusi lagu Emosi Cinta dan Hidayah. Apa yang menarik, setiap lagu yang dihasilkan The Peanuts mengetengahkan genre muzik berbeza mengikut eksperimen tersendiri. "Walaupun masih baru dalam arena muzik tempatan dengan tampil dalam dua single, kami cukup berbesar hati kerana single pertama, Emosi Cinta diputarkan di radio Suria FM, XFresh dan Era sebagai pengenalan. "Peluang sebegini membuatkan kami begitu bersungguh untuk menyemarakkan lagi industri muzik tanah air," kata Mohd Iqram yang juga seorang seorang jurugambar majalah terkenal tanah air.

"Walaupun masih baru dalam arena muzik tempatan dengan tampil dalam dua single, kami cukup berbesar hati kerana single pertama, Emosi Cinta diputarkan di radio Suria FM, XFresh dan Era sebagai pengenalan. "Peluang sebegini membuatkan kami begitu bersungguh untuk menyemarakkan lagi industri muzik tanah air," kata Mohd Iqram yang juga seorang seorang jurugambar majalah terkenal tanah air.

Ternyata, tiket 'indie' sebagaimana yang dikelaskan sebagai tersendiri dan bertentangan dengan penerbitan arus perdana yang lain sememangnya mencuri tumpuan ramai. Sebagaimana band indie lain yang mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan, The Peanuts juga tampil dengan kelainannya.

Jika lagu Emosi Cinta terarah kepada konsep muzik pop rock, single kedua kumpulan itu, Hidayah pula lebih menjurus kepada power pop. Sesuatu yang perlu diberi perhatian menerusi lagu Hidayah ialah kerana lagu itu sendiri menyelitkan zikir yang mana sebagai eksperimen menyelitkan unsur nasyid dalam muzik kontemporari indie.

"Tidak semestinya, band indie harus memperjuangkan muzik rock dan underground kerana muzik itu sendiri begitu universal dan apa yang kami cuba perjuangkan adalah sesuatu yang berbeza buat penggemar muzik.

"Sememangnya setakat ini The Peanuts sedang berusaha untuk mengumpulkan lagu untuk album pertama kumpulan ini yang dijadualkan pada Jun nanti," kata Mohd Iqram.

Dalam pada baru dikira hendak bertatih di industri hiburan tempatan dengan memperjuangkan muzik aliran indie, lima anak muda ini bukan calang-calang kerana mereka sendiri mempunyai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang boleh dibanggakan.

"Tidak semestinya dalam memperjuangkan muzik kita mengabaikan sumber pendapatan lain kerana paling utama adalah kesungguhan dan minat untuk memartabatkan sesuatu muzik itu sendiri.

"Seperti kami, semua anggota mempunyai tanggungjawab terhadap kerjaya termasuklah pelajaran, tetapi pada masa yang sama turut berjuang dalam muzik untuk penggemarnya," kata Mohd Iqram mewakili teman-teman.



Jika Mohd Iqram selaku jurugambar profesional di majalah, Cheng Foo pula adalah penerbit muzik dan penyunting video, manakala Mohd Azmi berkhidmat di agensi pengiklanan, Zainudin sebagai pereka grafik dan jurugambar serta Muhamad Hairil sebagai penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi kepelbagaian portfolio setiap anggota kumpulan ini menampakkan semangat juang yang cukup kental bagi mengangkat muzik indie ke tahap lebih membanggakan.

Bagaimana mereka boleh berkoloberasi bersama membentuk The Peanuts?

Mengulas penubuhan kumpulan itu, Mohd Iqram berkata, jiwa muzik dan keinginan untuk mencuba aliran muzik terkini membuatkan mereka bertemu tanpa diduga.

"Secara kebetulan, kami sendiri tidak terikat dengan mana-mana band membuatkan tertubuhnya kumpulan The Peanuts," katanya.



Sementara itu, Pengurus The Peanuts, Ismail Said berkata, sambutan terhadap aliran muzik indie semakin ketara buat masa ini walaupun pada masa yang sama disogokkan dengan kebanjiran band muzik dari Indonesia.

Bagaimanapun, katanya trend pencinta muzik tanah air kini lebih cenderung memilih konsep muzik bebas yang diperjuangkan kumpulan indie seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, The Times dan sebagainya.

"Malah, sambutan daripada penonton cukup baik melalui konsert membabitkan kumpulan daripada aliran muzik underground sebegini. Seperti The Peanuts, kehadiran mereka nampaknya semakin diterima melalui persembahan yang dilakukan termasuk mengiringi persembahan The Times ketika pertandingan Battle of the Band di UKM lalu," katanya yang komited untuk 'menjenamakan' The Peanuts di pasaran tempatan.

Ingin kenali lebih lanjut band indie baru ini? Apa kata anda layari laman web ini untuk mengenali lebih The Peanuts.

  • www.myspace.com/peanutbutterbands
  • www.myspace.com/mygizmorerecords
  • www.gizmorerecords.net

    Profil
    Nama: Mohammad Iqram Mat Ramli
    Umur: 22 tahun
    Tempat lahir: Langkawi, Kedah
    Kerjaya: Jurugambar
    Posisi: Vokalis

    Nama: Sam Cheng Foo
    Umur: 23 tahun
    Tempat lahir: Kuala Lumpur
    Kerjaya: Penerbit muzik, penyunting video
    Posisi: Gitar rhythm

    Nama: Mohd Azmi Shahruddin
    Umur: 22 tahun
    Tempat lahir: Klang, Selangor
    Kerjaya: Agensi pengiklanan
    Posisi: Gitar bass

    Nama: Muhamad Hairil Anuar Sairi
    Umur: 23 tahun
    Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
    Kerjaya: Penuntut Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Posisi: Gitar utama

    Nama: Zainudin Haron
    Umur: 28 tahun
    Tempat lahir: Kota Tinggi, Johor
    Kerjaya: Pereka grafik, jurugambar
    Posisi: Pemain dram

  • Just want to share this article with u all ... i picked it at berita harian


    0 komen dah: