Announcement

Assalamualaikum,blog ni baru lagi,sila support blog ini dengan meng"bookmark"kan website ini dan memberi komen pada mana-mana artikel.Jutaan terima kasih kepada semua readers/viewers/bloggers/raingers/scenesters kerana memberi sokongan kepada kami untuk terus berjuang dalam arena muzik rock especially indie bands.
Kami menghargai usaha anda untuk terus menyokong kami dengan memberi apa jua bentuk cadangan,idea dll. supaya website kami boleh develop dengan lebih baik.Mudah saja,klik saja di link yang termaktub di bawah ini untuk pergi ke peti cadangan. :)
http://revolusirockmalaya.blogspot.com/search/label/Peti%20Cadangan

Cheers!,
Mr Revolusi

Kotak Jeritan


Free chat widget @ ShoutMix
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, April 19, 2008

Apsal Fcuk Hujan? (part two lah pulak..)


Haa..ni siri kesinambungan dari part one yang sebelum nya,korang leh check older post..ader kat situ kalo nak camner crite mule2.k,baru tadi aku trime berita dari member aku kat JB yang Hujan kene fcuk oleh crowd jb tatkala diorang perfrom di arts of noise.Maaf,aku tak tau camner peristiwa tu berlaku dan aku taknak ambik tau pon camner crowd tu menge"fcuk" hujan,haha..aku nak beri komen je..

Ni adalah gambar-gambar yang aku dapat dari blog jiran,aku pinjam k,untuk tatapan reader-reader yang tak gi blog tu..hehe,bukan nak mencuri,just nak sharing info je..tak salah kan,kalo salah,perbetulkan.. :)



Hujan perform lagu AKU SCANDAL



Siap kasi mic kat crowd



Haa... tu dia...

Ni aku dapat dari mespes..
Al kisah....
lepas waktu maghrib...
ramai2 duduk depan stage...
bile band2 hujan ngah seting2, sound check....
sume bersedia, relax agi.....
crowd pun dah ramai n mcm dah x saba nie....
bile voc hujan g kat mic jer, seanggakatan crowrd yg rase2 nye x puas hati ngan band hujan pun mule bertindak dgn mengFUCK band hujan nie....
sambil mengangkat baju design hujan tapi perkataan nye anjing...

aku tgk voc hujan bernyanyi ngan geram, coz awal2 agi dia dah menjerit "AKU SCANDAL"
mase perfome tu, fullamak...
hebat, sungguh hebat....
crowd lebih hebat dari hujan, aku x dgr hujan men muzik ape, coz aku cume dgr "FUCK"

abis perfome, lagi hebat, pas voc dia menyatakan nie lagu kite org yg pertama n last...
wah, sume crowd naik berang...
ade yg mcm nak bergaduh weh...


FUCK HUJAN.....
FUCK HUJAN...
FUCK HUJAN...

perbaiki la kesilapan kowang...
jgn sombong sngat..
k good night...

Yang ni plak aku jumpe kat youtube. :)







Nape crowd fuck hujan?menurut hasil kajian member aku,segelintir crowd jb ni kurang ajar.tak tau la betol ke tak,takkan nak beradab sopan kot dalam gig,kalo nak beradab,gi la ke konsert nasyid ke..ape ke...kat sini aku tak menyebelahi sape-sape,aku tak sokong hujan mahupun crowd jb..aku nak kasi komen je pasal kes..

Mane pegi nye laungan korang tu yang berbunyi "support local scene" ?mane?bukan men lagi kate nak support local bands la,tapi last-last nak fcuk band kita ..biarlah diorang(Hujan) perform ngan aman dan damai,hehehe..takkan la crowd tu fcuk hujan sebab hujan tu pernah skali wat kes kat CM dulu...ataupon,diorang fcuk hujan sebab hujan ni dah tergolong dalam kancah mainstream eh?biar la,tu hal diorang,korang peduli ape..haha,hujan gi UK pon nak marah-marah,korang dok umah je..eh,apesal aku tetiba emo je ni,dah la post ni lebih kepada hujan..eh eh..

Peristiwa ni memang tak masuk akal,kali kedua kot aku dengar band indie kita di fcuk oleh crowd(first time diorang kena fuck kat taman U).bak kata noh,diorang ni pemusik,bukan gengster,so diorang taknak ambik hati..dan seperti dalam mespes diorang "kami terus main musik,kami tak hirau".

Fikirkanlah bersama-sama..


My Last Word , Diorang bukan sombong,diorang sendiri claim yang diorang tu penyegan.
(post aku ni ade pro-hujan sket2..sori anti-hujan)

Jumaat, April 18, 2008

Kebangkitan penulis "Underground"

KEBIASAANNYA sesuatu yang dianggap 'underground' atau secara tersembunyi memang payah untuk dikenali apatah lagi memasang angan-angan menjadi popular. Istilah underground sering disogok kepada mereka yang cenderung menyebarkan idealogi serta elemen karya khusus untuk kelompok individu sealiran.

Maka, tidak hairan kelompok seniman jalanan sebegini kurang mendapat perhatian disebabkan kurangnya promosi dan medium untuk menyebarkan aliran seni untuk disampaikan. Sebaliknya penggiat seni yang lebih jelas objektif hala tuju dalam karyanya mudah untuk diterima umum.

Kaitan penerimaan umum terhadap sesuatu karya itu begitu subjektif. Tidak kiralah medium yang disampaikan dalam bentuk muzik, penulisan mahupun pementasan yang jelas merungkai kepada tahap pemikiran dan penerimaan seseorang dalam menilai makna tersirat dan tersurat.

Sebagaimana penciptaan sesebuah lagu, bagaikan tidak sempurna sesuatu genre muzik itu jika tidak digandingkan secara sempurna dengan liriknya. Bahasa yang dipilih bagi melengkapi bait lirik lagu juga memainkan peranan dalam membentuk alirannya tersendiri. Jika kena pada gaya dan lenggoknya, sesuatu muzik itu secara sendirinya diterima dan seterusnya menjadi siulan ramai 'pemujanya'.

Begitu jugalah halnya karya dalam bentuk penulisan novel dan cerpen yang realitinya mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Jangan tidak tahu, di sebalik kemeriahan penerbitan buku di pasaran tempatan, terdapat ruang kecil mewakili kelompok penulis angkatan baru.

The Peanuts


The Peanuts



SESUDAH sambutan hebat melanda industri hiburan tempatan gara-gara kehadiran beberapa kumpulan muzik indie seperti Meet Uncle Hussein, Kiri dan Hujan, kini muncul pula kumpulan The Peanuts yang mencuba nasib dengan genre serupa bagi meneruskan gelombang muzik underground tanah air.
The Peanuts yang dibarisi oleh Mohd Iqram Mat Ramli selaku vokalis, Sam Cheng Foo (gitar irama), Mohd Azmi Shahruddin (gitar bass), Muhamad Hairil Anuar Sairi (gitar utama) dan Zainudin Haron (pemain dram) ternyata menyerlah dengan konsep tersendiri apabila memperjuangkan muzik power pop untuk dinikmati pendengar di negara ini.

Buat masa ini, pendatang baru bagi aliran muzik indie ini sudah menghasilkan dua single yang mencetuskan kelainan di halwa telinga menerusi lagu Emosi Cinta dan Hidayah. Apa yang menarik, setiap lagu yang dihasilkan The Peanuts mengetengahkan genre muzik berbeza mengikut eksperimen tersendiri. "Walaupun masih baru dalam arena muzik tempatan dengan tampil dalam dua single, kami cukup berbesar hati kerana single pertama, Emosi Cinta diputarkan di radio Suria FM, XFresh dan Era sebagai pengenalan. "Peluang sebegini membuatkan kami begitu bersungguh untuk menyemarakkan lagi industri muzik tanah air," kata Mohd Iqram yang juga seorang seorang jurugambar majalah terkenal tanah air.

"Walaupun masih baru dalam arena muzik tempatan dengan tampil dalam dua single, kami cukup berbesar hati kerana single pertama, Emosi Cinta diputarkan di radio Suria FM, XFresh dan Era sebagai pengenalan. "Peluang sebegini membuatkan kami begitu bersungguh untuk menyemarakkan lagi industri muzik tanah air," kata Mohd Iqram yang juga seorang seorang jurugambar majalah terkenal tanah air.

Ternyata, tiket 'indie' sebagaimana yang dikelaskan sebagai tersendiri dan bertentangan dengan penerbitan arus perdana yang lain sememangnya mencuri tumpuan ramai. Sebagaimana band indie lain yang mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan, The Peanuts juga tampil dengan kelainannya.

Jika lagu Emosi Cinta terarah kepada konsep muzik pop rock, single kedua kumpulan itu, Hidayah pula lebih menjurus kepada power pop. Sesuatu yang perlu diberi perhatian menerusi lagu Hidayah ialah kerana lagu itu sendiri menyelitkan zikir yang mana sebagai eksperimen menyelitkan unsur nasyid dalam muzik kontemporari indie.

"Tidak semestinya, band indie harus memperjuangkan muzik rock dan underground kerana muzik itu sendiri begitu universal dan apa yang kami cuba perjuangkan adalah sesuatu yang berbeza buat penggemar muzik.

"Sememangnya setakat ini The Peanuts sedang berusaha untuk mengumpulkan lagu untuk album pertama kumpulan ini yang dijadualkan pada Jun nanti," kata Mohd Iqram.

Dalam pada baru dikira hendak bertatih di industri hiburan tempatan dengan memperjuangkan muzik aliran indie, lima anak muda ini bukan calang-calang kerana mereka sendiri mempunyai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang boleh dibanggakan.

"Tidak semestinya dalam memperjuangkan muzik kita mengabaikan sumber pendapatan lain kerana paling utama adalah kesungguhan dan minat untuk memartabatkan sesuatu muzik itu sendiri.

"Seperti kami, semua anggota mempunyai tanggungjawab terhadap kerjaya termasuklah pelajaran, tetapi pada masa yang sama turut berjuang dalam muzik untuk penggemarnya," kata Mohd Iqram mewakili teman-teman.



Jika Mohd Iqram selaku jurugambar profesional di majalah, Cheng Foo pula adalah penerbit muzik dan penyunting video, manakala Mohd Azmi berkhidmat di agensi pengiklanan, Zainudin sebagai pereka grafik dan jurugambar serta Muhamad Hairil sebagai penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi kepelbagaian portfolio setiap anggota kumpulan ini menampakkan semangat juang yang cukup kental bagi mengangkat muzik indie ke tahap lebih membanggakan.

Bagaimana mereka boleh berkoloberasi bersama membentuk The Peanuts?

Mengulas penubuhan kumpulan itu, Mohd Iqram berkata, jiwa muzik dan keinginan untuk mencuba aliran muzik terkini membuatkan mereka bertemu tanpa diduga.

"Secara kebetulan, kami sendiri tidak terikat dengan mana-mana band membuatkan tertubuhnya kumpulan The Peanuts," katanya.



Sementara itu, Pengurus The Peanuts, Ismail Said berkata, sambutan terhadap aliran muzik indie semakin ketara buat masa ini walaupun pada masa yang sama disogokkan dengan kebanjiran band muzik dari Indonesia.

Bagaimanapun, katanya trend pencinta muzik tanah air kini lebih cenderung memilih konsep muzik bebas yang diperjuangkan kumpulan indie seperti Meet Uncle Hussein, Hujan, The Times dan sebagainya.

"Malah, sambutan daripada penonton cukup baik melalui konsert membabitkan kumpulan daripada aliran muzik underground sebegini. Seperti The Peanuts, kehadiran mereka nampaknya semakin diterima melalui persembahan yang dilakukan termasuk mengiringi persembahan The Times ketika pertandingan Battle of the Band di UKM lalu," katanya yang komited untuk 'menjenamakan' The Peanuts di pasaran tempatan.

Ingin kenali lebih lanjut band indie baru ini? Apa kata anda layari laman web ini untuk mengenali lebih The Peanuts.

  • www.myspace.com/peanutbutterbands
  • www.myspace.com/mygizmorerecords
  • www.gizmorerecords.net

    Profil
    Nama: Mohammad Iqram Mat Ramli
    Umur: 22 tahun
    Tempat lahir: Langkawi, Kedah
    Kerjaya: Jurugambar
    Posisi: Vokalis

    Nama: Sam Cheng Foo
    Umur: 23 tahun
    Tempat lahir: Kuala Lumpur
    Kerjaya: Penerbit muzik, penyunting video
    Posisi: Gitar rhythm

    Nama: Mohd Azmi Shahruddin
    Umur: 22 tahun
    Tempat lahir: Klang, Selangor
    Kerjaya: Agensi pengiklanan
    Posisi: Gitar bass

    Nama: Muhamad Hairil Anuar Sairi
    Umur: 23 tahun
    Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
    Kerjaya: Penuntut Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Posisi: Gitar utama

    Nama: Zainudin Haron
    Umur: 28 tahun
    Tempat lahir: Kota Tinggi, Johor
    Kerjaya: Pereka grafik, jurugambar
    Posisi: Pemain dram

  • Just want to share this article with u all ... i picked it at berita harian


    The Sesuatu

    Sedang aku search band-band indie kita di website AMP,aku terserempak ngan band ni,The Sesuatu.Aku tertarik dengan nama band ni..humm..memang 'sesuatu' la..nama yang unik.Okay,aku akan perkenalkan line up band ni,Dir Ismail sebagai Guitarist dan Vox,Fendy sebagail ead guitarist,Iqbal men bass dan Merose pula Drummer band ni.

    Selain tertarik dengan nama,aku pon tertarik dengan lagu diorang(hehehe..),lagu diorang ni bergenrekan grunge dan rock.Yup,diorang ni semestinya band indie,kalo x,camner aku leh post band ni plak..hahar,name je website indie.Tak banyak yang aku leh citerkan pasal diorang ni sebab takde sumber maklumat pasal sejarah band ni ,humm..lagu-lagu yang telah diorang wat adalah lagu seperti yang tertulis pasni,Just Say,Sudi,Senyum,Malay Dilemma dan Tembak Bintang 3(cam komunis je..)

    You all leh check myspace diorang di

    http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=292909575

    Thats all,aku ngah letih ni sebab baru je balik training hari sukan tadi...so..stay tune for the next revo band reviews.Thanks for reading.

    Rabu, April 16, 2008

    Pengubahsuaian

    Kepada semua pembaca Revolusi Rock Malaya,kami meminta maaf jika web kami ada sedikit(ataupun banyak,hehe)kecacatan pada browser(aku pon tak tau ape die panggil mende nih).Ini adalah disebabkan kami sedang menjalani pengubahsuaian template daripada new template ke classic template.Memang susah untuk membuat pengubahsuaian kerana banyak kerja yang perlu dibuat seperti rewrite html code pada template dan upload images yang berkaitan.Ini mengambil masa 1-2 hari kalo kami rajin la..haha..tapi takpe,u all leh teruskan view / read our recent posts tanpa sebarang masalah,jika ada sebarang pertolongan/komen/maklumbalas, sila letakkan di Peti Cadangan seperti yang telah disediakan.

    Regards,
    Mr Revolusi

    Selasa, April 15, 2008

    Peti Cadangan

    Ada kekurangan dalam blog kami?Anda ingin memberi cadangan atau maklum balas?Sila luahkan rasa ketidak puas hati anda itu dengan mengepost cadangan/luahan/maklum balas anda itu..hehe..sebarang jawapan adalah amat kami hargai.

    Regards,
    Mr.Revolusi

    Sabtu, April 12, 2008

    Hujan - Miri

    F7 Em
    senja yang indah kau kurniakan kepada ku
    Gm-Am
    namun buat ku rindu
    F7 Em - hold
    angin dari arah mana kau datang
    buat ku tersenyum
    Gm-Am
    tiada yg sama

    [chorus]
    G#m F#m Em
    pemergian ku kerna cita cita
    G#m F#m Em
    impian ku bukan jadi superstar

    F7
    tiada yang asing bagiku di sini
    E7
    inilah rumahku ku takkan berpaling
    F7
    jadilah saksiku atas janji ku ini
    E7
    aku kan kembali
    E7
    aku kan kembali
    F7
    ke Miri
    F7
    ku kan kembali

    F7 Em
    Menyelusuri hutan hijau singgah ke hujung
    F7
    berputar-putar di bandar akhir malam
    Em
    semua dah tutup

    [chorus]
    G#m F#m Em
    pemergian ku kerna cita cita
    G#m F#m Em
    impian ku bukan jadi superstar

    F7
    tiada yang asing bagiku di sini
    E7
    inilah rumahku ku takkan berpaling
    F7
    jadilah saksiku atas janji ku ini
    E7
    aku kan kembali
    F7
    aku kan kembali
    E7
    ke Miri....owh miri
    F7
    kembali ke miri...kembali
    E7
    aku kan kembali ke miri

    aku xsure betol ke tak chord ni..cube dulu

    Selasa, April 08, 2008

    Hujan - Kamek Sayang Kitak

    Lagu ni khas ku tujukan kpd raingers2 pompuan..especially my gf (jiwang x aku nih..wakakaka )


    intro - A F#m A F#m A F#m Em D

    A F#m
    Semua laguku hanya untukmu
    A F#m
    Semua rasaku hanya padamu
    D Dm7
    Ku kan bersamamu selamanya

    A
    Kamek sayang kitak
    F#m
    Mena mek sik bulak
    Em
    Kawen jak ta duak
    Dm7
    Janji mek ngn kitak

    A
    Kamek sayang kitak….

    A
    Jangan risau bila rindu
    F#m
    Sebut saja oh namaku
    A
    Biarpun malam yang ribut
    F#m
    Ku kan datang kepadamu

    D
    Dengarkan kataku
    Dm7
    Dengarkanlah...

    Sabtu, April 05, 2008

    Couple



    Satu-satunya band yang membawa genre power pop blue di wilayah kita..diorang ni mendapat influence dari band-band negara barat seperti The Beatles, The Beach Boys, Big Star, The Who, The Raspberries, The Beat, The Rooks, Enuff Znuff and Weezer . Band ini di ketuai oleh Aidil dan disertai oleh Ariana , 0joe dan juga Shahrin.Diorang pun dah ade album sulung tapi album sulung diorang ni agak unik sket,sbb ade dua version iaitu version US dan version Jepon,macam game playstation la plak,ade version US dan Jepon,har har har..tp takpe,diorang tetap rock...!!!!


    Top Of The Pop (Japan version)


    Top of the Pop (US version)


    U all leh dapatkan album2 ni kat gig..dan kalo korang tak sempat nak gi gig untuk dptkan album2 ni,takpe,usah risau usah bersedih2,korang leh beli kat kedai2 seperti yang tersenarai kat bawah ni k...all the best

    (a) The Ricecooker Shop, 2.03, Mezzanine Floor, Central Market Annexe, KL

    (b) Rock Corner at Bangsar Village shopping centre, KL

    (c) Tools & Trade, Lot 134, First Floor, Campbell Complex, KL

    (d) Bodysurf Music studio in Ipoh

    (e) Free Love Productions, LG 9, Lower Ground Floor, Yik Foong Complex, Ipoh

    (f) Busana Jalanan, Kuantan Parade 2nd floor, Pahang

    (g) Straits Records, 22 Bali Lane, Singapore

    (h) Aksara Bookstore, Kemang, Jakarta, Indonesia


    Jumaat, April 04, 2008

    Hijau - Lirikan Matamu

    Am C#m
    terbit mentari
    Bm Em7
    awan berarak lembut
    Am C#m
    ku ternanti-nanti
    Bm Em7
    nanti kemunculanmu

    Am C#m
    dari jauh ku
    Bm Em7
    pasti melihat kamu berjalan di situ
    Am C#m
    bersama teman
    Bm Em7
    teman yang takkan meninggalkan kamu

    F#m Cm
    lirikan matamu...
    D
    membuat diriku serba kekalutan
    F#m Cm
    manis senyummu...
    D
    terasa diriku terbang di awangan

    Am C#m
    ingin ku dekati
    Bm Em7
    dirimu yang tak pernah lebih ku kenali
    Am C#m
    ku terus mencuba
    Bm Em7
    tak mampu ku tuk berputus asa...

    Hijau itu indah



    Hijau berasal dari bandar sate kajang ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 2006 di mana HIJAU adalah band akustik sahaja pada mulanya. Diangotai oleh Pelat & Cawand sebagai pemain gitar. Apabila masuk ke tahun 2007, anggota asal HIJAU (iaitu Pelat & Cawand) bercadang untuk menjadikan HIJAU sebagai band yang mempunyai anggota lengkap iaitu drum & bass. Jadi HIJAU kini dianggotai oleh Pelat, Cawand, Kayrel sebagai bassist dan drumer dari 2 buah band hardcore tempatan (Avalon’s Whisper & Arsonist) iaitu Nasz telah bersetuju untuk menganggotai HIJAU.
    HIJAU mula merekod demo sulungnya yang bertajuk PANORAMA pada awal tahun 2007. Kini Hijau telah pun bermain diacara-acara kugiran tempatan di serata Kuala Lumpur dan HIJAU juga berharap dapat mencuba nasib lain-lain lagi negeri di Malaysia.

    aku mintak info ni secara terus dari bassist band ni..

    u guys rock~ouh uh uh uh


    Minta Maaf Atas Segala Kesulitan


    Mintak maaf wahai geng2 skalian,pc aku skang ngah ade problem yakni gpu aku ade masalah sket,jadi aku skang jarang nak update blog ni..ape2pon,lepak2 kat chatbox tu k..ehe..show ur support,any comment or suggestion may be post here..or at the blog

    by,
    mr revolusi